AGENSI

Syamsul, Sofizah dinobat johan tilawah al-Quran Selangor

9 Apr 2021, 3:40 AM
Syamsul, Sofizah dinobat johan tilawah al-Quran Selangor

SHAH ALAM, 9 APRIL: Qari Syamsul Abu Hassan Alshaari dan qariah Sofizah Mousin dinobat sebagai johan pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) peringkat negeri semalam.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata tempat kedua dimenangi qari Abdul Najih Marwan dan qari Izzat Azizi Zainal (ketiga), manakala qariah Rosnani Mohmad (naib johan) dan qariah Kasmah Arshad (ketiga).

"Seramai tujuh qari dan empat qariah berentap bagi merebut gelaran johan sekali gus mewakili Selangor ke MTHQ peringkat kebangsaan pada 13 hingga 18 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Bagi kategori menghafaz al-Quran menyaksikan 30 huffaz yang masingmasing dengan lima hafiz dan lima hafizah bagi setiap kategori iaitu Tahap 1-10, Tahap 1-20 dan Tahap 1-30 memperdengarkan hafazan masing-masing," katanya dalam kenyataan.

Jais menambah kategori tilawah al-Quran diadili oleh 11 hakim manakala kategori menghafaz al-Quran melibatkan 17 hakim.

Katanya, majlis yang berlangsung pada 6 hingga 8 April di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diadakan dengan membudayakan norma baharu.

"Selaras dengan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan, majlis pada kali ini berlangsung dengan pematuhan garis panduan yang ketat dan jumlah penonton yang terhad." katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619