AGENSI

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

8 Apr 2021, 12:21 PM
Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kadar zakat fitrah di negeri kekal RM7 seorang seperti tahun sebelumnya.

Ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata kadar itu selaras kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak 2018.

"Penetapan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 berdasarkan harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

"Bagaimanapun, kita menggalakkan golongan berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan," kata Saipolyazan M Yusop.

Beliau menambah kadar zakat fitrah bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi pula sebanyak RM14.

Sementara individu memakan beras basmathi, beras jepun dan beras merah dikenakan kadar RM21.

"Kutipan zakat fitrah tahun lalu meningkat kepada RM31.1 juta berbanding RM26 juta pada 2019 di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya lagi.

Sebelum itu, Saipolyazan mengagihkan wang zakat Worldwide Holdings Berhad di Seksyen 13 di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Hadir sama Pengerusi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd Dato' Ibrahim Md Yusof.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619