AGENDA

Pulangkan mandat rakyat, KEADILAN Selangor tumpu menang PRU15

8 Apr 2021, 7:10 AM
Pulangkan mandat rakyat, KEADILAN Selangor tumpu menang PRU15

SHAH ALAM, 8 APRIL: Matlamat memenangi pilihan raya dan mengembalikan mandat rakyat sentiasa menjadi fokus utama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor.

Pengarah komunikasi negeri berkata usaha menjayakan agenda reformasi diperkukuh dengan pelancaran bilik gerakan utama untuk memastikan gerak kerja jentera yang lebih tersusun.

"Kita yakin jentera KEADILAN Selangor bersedia turun sebagai kesatuan bagi menyantuni dan memenangi undi rakyat negeri ini yang menjadikan Selangor sebagai kubu kuat sejak 2008," kata Saifuddin Shafi dalam kenyataan.

Beliau turut berharap persediaan jentera meniup semangat anggota KEADILAN seluruh negara untuk mengatur langkah dan berpadu menuju kemenangan.

Jentera Pilihan Raya Negeri Selangor dilancarkan malam tadi di sini oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Dato' Seri Amirudin Shari.

Pakatan Harapan negeri dijangka memuktamadkan agihan kerusi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada pertengahan bulan ini.

Amirudin berkata perbincangan bersama pimpinan DAP dan Amanah antara lain menumpukan kerusi Dewan Undangan Negeri yang sebelum ini ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619