AGENSI

294 kes baharu Covid-19 Selangor, 366 pesakit sembuh

7 Apr 2021, 2:42 PM
294 kes baharu Covid-19 Selangor, 366 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sebanyak 294 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini, meningkat sedikit berbanding 242 kes semalam.

Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Petaling merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 94 kes diikuti Hulu Langat (71) dan Klang (70).

"Dua daerah di Selangor mencatatkan kes bawah 10 iaitu Sepang (5) dan Hulu Selangor (7).

"Gombak pula mencatatkan (25) baharu, Kuala Langat (11), Kuala Selangor (11)," maklum agensi itu menerusi Facebook.

JKNS juga memaklumkan 366 kes sembuh setakat jam 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih negeri ialah 115,755. Tiada kematian dilaporkan di negeri itu hari ini.

Secara keseluruhan Malaysia mencatatkan 1,139 kes baharu dan seramai 1,199 pesakit sembuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619