AGENDA

Selangor semak pelan pembangunan 10 tahun ke hadapan

7 Apr 2021, 2:08 PM
Selangor semak pelan pembangunan 10 tahun ke hadapan

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri bercadang menyemak pelan pembangunan 10 tahun ke hadapan untuk mengimbangi keadaan semasa.

Dato' Menteri Besar berkata polisi tertentu perlu ditambah baik susulan perebakan Covid-19 termasuk merancang pelan jangka sederhana.

"Sebelum ini kita melakar pelan perancangan kemajuan dan pembangunan sehingga 2030 tetapi ia memerlukan sedikit perubahan.

"Kita komited memastikan pembangunan di negeri ini berjalan dengan lancar," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 kepada 125 penjawat awam Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.

Pada 29 Mac, Amirudin membayangkan untuk menyemak semula Belanjawan Selangor 2021 selepas Aidilfitri susulan perebakan Covid-19 belum berakhir.

Beliau berkata perbelanjaan baharu perlu dirangka dengan menangguhkan projek tertentu bagi membolehkan lebih banyak bantuan disalur kepada rakyat berpendapatan rendah serta peniaga kecil.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619