AGENSI

Covid-19: Sabak Bernam sifar kes, tiga daerah bawah 10

7 Apr 2021, 12:16 AM
Covid-19: Sabak Bernam sifar kes, tiga daerah bawah 10

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sabak Bernam satu-satunya daerah di Selangor yang tidak merekod sebarang kes baharu Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, tiga daerah mencatat kes bawah 10 iaitu dua di Kuala Selangor, Hulu Selangor (lima) dan Hulu Langat (tujuh).

"Daerah Klang pula mencatat angka harian paling tinggi iaitu 99 kes, diikuti Petaling (50), Gombak (30), Sepang (26) dan Kuala Langat (18).

"Selain itu, kes harian negeri ini turut melibatkan lima kes import dari Indonesia, Yaman dan Mesir," maklum jabatan itu di Facebook.

Agensi itu menambah sebanyak 118,034 kes dilaporkan di seluruh negeri sejak pandemik menular dengan 1,758 kes aktif.

Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 242 selepas merekodkan lebih 300 kes sejak tiga hari lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619