AGENSI

Mais seru orang ramai sokong peniaga kecil ketika Ramadan

6 Apr 2021, 9:40 AM
Mais seru orang ramai sokong peniaga kecil ketika Ramadan

SHAH ALAM, 6 APRIL: Orang ramai diseru menyokong perniagaan kecil dalam komuniti pada bulan Ramadan untuk membantu sektor itu yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata ada segelintir rakyat berdepan masalah perniagaan yang merosot dan lebih buruk lagi terpaksa menutup operasi mereka.

"Nak keluar makan bersama keluarga di bulan Ramadan? Cuba cari restoran yang diusahakan oleh warga komuniti kita.

"Kalau tahu ada kawan-kawan atau jiran yang menjual juadah berbuka, beli daripada mereka setidak-tidaknya seminggu sekali," tulisnya menerusi Facebook.

Mais juga berkongsi amalan mulia lain yang boleh diamalkan pada bulan Ramadan iaitu membayar zakat fitrah dan bersedekah.

"Masak lebih sedikit dan sedekahkan kepada jiran di kawasan anda atau membeli juadah berbuka di bazar Ramadan untuk jiran anda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619