AGENSI

Sultan zahir takziah kepada waris bekas setiausaha FAS

6 Apr 2021, 4:50 AM
Sultan zahir takziah kepada waris bekas setiausaha FAS

SHAH ALAM, 6 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan takziah kepada waris mendiang bekas setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang meninggal dunia Ahad lalu.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj begitu menghargai komitmen dan kesungguhan Dato' S Anthonysamy mengangkat bola sepak Selangor hingga zaman kegemilangan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Santokh Singh.

"Sultan Selangor telah mengurniakan bintang kebesaran Darjah Sultan Idris Shah (DSIS) kepada mendiang yang membawa gelaran Dato’ pada 2016 atas sumbangannya.

"Baginda serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga Presiden FAS berharap mendiang akan dikenang sebagai antara tokoh yang berjasa terhadap pembangunan FAS dan bola sepak Selangor," menurut kenyataan itu hari ini.

Anthony mula melibatkan diri bersama persatuan tersebut sejak awal 1960-an dan menjadi Ahli Majlis pada 1968 sebelum memegang jawatan setiausaha selama 19 tahun dari 1974 hingga 1963.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619