EXCO

Peniaga bazar digesa jual harga berpatutan, bantu pembeli dapat keperluan berbuka

5 Apr 2021, 9:14 AM
Peniaga bazar digesa jual harga berpatutan, bantu pembeli dapat keperluan berbuka

SHAH ALAM, 5 APRIL: Peniaga bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga berpatutan memandangkan masyarakat masih terkesan dengan pasca pandemik Covid-19.

EXCO kerajaan tempatan berkata langkah itu membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan keperluan berbuka puasa.

"Bazar Ramadan pasti menjadi tumpuan kerana pelbagai juadah dijual. Jadi, kita minta harga dikenakan berpatutan dan semua boleh membeli.

"Dalam masa sama peniaga harus menjaga kesegaran dan kebersihan makanan supaya pembeli selamat serta tidak timbul isu bahan dijual basi atau menjejaskan kesihatan," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau turut meminta penjaja serta pengunjung bazar supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) agar rantaian wabak itu dapat diputuskan.

Jumaat lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memantau kepatuhan SOP bazar bagi mengelakkan wujudnya ‘kluster bazar’ memandangkan ketika ini jangkitan gelombang ketiga semakin melandai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619