AGENSI

244 warga Unisel lafaz ikrar bebas rasuah

5 Apr 2021, 7:26 AM
244 warga Unisel lafaz ikrar bebas rasuah
244 warga Unisel lafaz ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 244 petugas akademik dan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR), Khamis lalu.

Naib Canselornya berkata program tersebut melambangkan pusat pengajian itu komited untuk menyahut seruan kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan setiap kakitangan bebas daripada gejala rasuah.

“Ia bukanlah lafaz ikrar semata-mata namun perlu dihayati dan dipraktikkan agar Unisel lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Agenda integriti dijadikan teras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja,” kata Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerusi kenyataan.

Pada majlis berlangsung di Dewan Canselor Unisel Bestari Jaya, beliau sendiri mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani IBR disaksikan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim.

[caption id="attachment_467047" align="aligncenter" width="601"] Sebahagian 244 kakitangan akademik dan pentadbiran Unisel melafaz ikrar bebas rasuah (IBR) di Unisel Bestari Jaya pada 1 April 2021. Foto Unisel[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619