ADN

Penduduk susah sekitar Morib dapat bantuan makanan

3 Apr 2021, 8:44 AM
Penduduk susah sekitar Morib dapat bantuan makanan

MORIB, 3 APRIL: Sebanyak 200 pek makanan segar diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Morib bagi meringankan beban mereka.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan bernilai RM5,000 meliputi ayam mentah dan sayuran membantu golongan terkesan mendepani kesan perintah kawalan.

"Semua makanan segar ini kita dapat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"Kita harap sumbangan ini sekurang-kurangnya menjimatkan perbelanjaan makanan asas mereka dalam tempoh satu ke dua minggu," kata Hasnul Baharuddin pada program di Balai Raya MPKK Seri Jugra.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Hasnul, yang juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor turut bercadang meneruskan program terbabit untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Menerusi Pakej Kita Selangor yang diumum pada 20 Januari, sejumlah RM100,000 diperuntuk kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Ahli parlimen negeri ini turut mendapat manfaat RM50,000 bagi tujuan sama. Program meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin yang boleh diagih secara terus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619