AGENDA

500 peniaga sertai festival Ramadan termasuk jualan dalam talian

2 Apr 2021, 7:42 AM
500 peniaga sertai festival Ramadan termasuk jualan dalam talian

SHAH ALAM, 2 APRIL: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menganjurkan Festival Ramadan Selangor (Festira) termasuk jualan dalam talian sejak 26 Mac hingga 12 Mei.

Dato' Menteri Besar berkata seramai 500 peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi serta SACC Mall menyertai program itu yang turut dijalankan secara fizikal.

"Semua peniaga boleh menjual dan mempamer produk serta jualan mereka menerusi dua medium iaitu di lot gerai dan BazaarLokal.com. Langkah ini sebagai inisiatif membendung penularan Covid-19.

"Dengan adanya festival ini, ia memudahkan orang awam membuat persiapan menyambut puasa dan Aidilfitri," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika merasmikan BazaarLokal.com dan Festira 2021 di SACC Mall hari ini.

Menurutnya, jumlah peniaga Festira akan ditambah sekiranya mendapat permintaan dari kalangan peniaga.

"Mereka yang berdaftar akan mendapat rebat pembayaran sewa. Kita galakkan peniaga sertai program ini kerana mahu mereka terdedah dengan transformasi digital.

"Untuk jangka panjang, BazaarLokal.com akan digabungkan dengan platform sedia ada untuk pasaran lebih besar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619