AGENSI

Bantu raih pendapatan, pemandu teksi digalak sertai Seldec

1 Apr 2021, 10:50 AM
Bantu raih pendapatan, pemandu teksi digalak sertai Seldec

SHAH ALAM, 1 APRIL: Kerajaan Negeri menggalakkan pemandu teksi menyertai Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bagi menambah pendapatan.

EXCO pembangunan usahawan berkata khidmat penghantar barangan ditawarkan kepada 6,318 pemandu berdaftar negeri ini yang bakal menerima latihan daripada Hijrah Selangor.

"Kerajaan Negeri telah memberi komitmen untuk program e-Bazar dan e-Dapur, jadi kita boleh serap mereka menjadi sebahagian daripada kumpulan e-panggilan bermula Ramadan ini.

"Ia tiada kos tertentu sebaliknya Hijrah akan sediakan gajet dan latih mereka menggunakan alatan tersebut sebelum dibenarkan mengambil pesanan," kata Rodziah Ismail pada majlis pelancaran agihan bakul makanan di sini hari ini.

Rodziah yang juga wakil rakyat Batu Tiga menggalakkan ahli keluarga pemandu teksi menyertai khidmat e-panggilan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

"Kebanyakan golongan itu berusia 50 tahun ke atas dan sukar melaksanakan dua kerja, jadi kita berusaha dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keluarga mereka untuk dibantu.

"Ini yang perlu dibuat, bukan sekadar beri bantuan sekali bayar. Kita akan manfaatkan data sedia ada untuk menambah baik kehidupan ahli keluarga pemandu teksi," katanya lagi.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan melalui jualan secara dalam talian.

Diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619