AGENDA

Pekerja kembali ke pejabat harus patuhi SOP, elak jangkitan

1 Apr 2021, 4:17 AM
Pekerja kembali ke pejabat harus patuhi SOP, elak jangkitan

SHAH ALAM, 1 APRIL: Pekerja yang kembali bertugas di pejabat diminta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) mengekang Covid-19 dengan lebih teliti dan bertanggungjawab.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata langkah berkenaan dapat membantu mengurangkan bilangan jangkitan wabak memandangkan banyak kluster di tempat kerja.

"Kebenaran diberikan kerajaan ini bukan bermakna kita sudah menang melawan Covid-19 atau pandemik ini telah berjaya diatasi sebaliknya bagi memastikan ekonomi dan sektor pekerjaan beroperasi dengan kapasiti maksimum.

"Ini juga langkah memulihkan ekonomi negara secara berterusan. Jadi pekerja diingatkan sentiasa patuh SOP supaya tiada jangkitan di tempat kerja selepas ini," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kepada SelangorKini.

Bermula hari ini kerajaan membenarkan syarikat swasta beroperasi dengan kapasiti penuh selepas arahan pematuhan dasar 30 peratus bekerja dari rumah dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619