AGENDA

Lebih RM600,000 bantu petani, penternak terkesan Covid-19

31 Mac 2021, 7:25 AM
Lebih RM600,000 bantu petani, penternak terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak RM648,600 bagi membantu petani dan pengusaha ternakan yang terjejas berikutan Covid-19.

EXCO pertanian berkata sumbangan kepada 934 penerima meliputi bantuan makanan ternakan, akuakultur dan bahan mentah yang diagih secara berperingkat.

"Tujuan bantuan untuk meringankan beban mereka dan memberi semangat supaya terus bertani dan menternak.

"Kita juga akan sentiasa membantu golongan ini kerana mereka antara yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Ir Izham Hashim ketika dihubungi.

Pada 20 Januari, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif meringankan beban golongan tersebut.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif itu antaranya baucar petrol (nelayan), barangan pertanian (petani), makanan ternakan (penternak) dan bahan mentah (pengusaha industri asas tani).

Inisiatif tersebut antara yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban rakyat untuk mendepani PKP 2.0.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619