AGENDA

Tangguh Undi 18, kerajaan digesa beri penjelasan

31 Mac 2021, 3:01 AM
Tangguh Undi 18, kerajaan digesa beri penjelasan

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung penangguhan pendaftaran pengundi berusia 18 tahun (Undi 18).

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata perkara tersebut seharusnya dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila diluluskan Dewan Rakyat dua tahun lalu.

"Isu ini bukan sebab diusul dan diluluskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) tetapi ia adalah hak rakyat.

"Perkara telah dipersetujui, kerajaan tetap harus melaksanakan Undi 18 kerana kita mahu ramai terlibat dalam pilihan raya akan datang," kata Rodziah Ismail kepada SelangorKini.

Sebelum ini, SPR mengumumkan Undi 18 yang sepatutnya bermula Julai ini ditunda kepada 1 September tahun depan.

Pada 16 Julai 2019 Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had usia mengundi, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan usia calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Ia disusuli kelulusan di Dewan Negara pada 25 Julai 2019 dengan majoriti dua pertiga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619