AGENSI

Bekalan air cukup, tiada operasi pembenihan awan

31 Mac 2021, 1:53 AM
Bekalan air cukup, tiada operasi pembenihan awan

SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor tidak melaksanakan operasi pembenihan awan sejak tigak tahun lalu berikutan bekalan air masih mencukupi.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata kaedah tersebut tidak dijalankan sejak 2018 dan operasi hanya berlaku pada tahun sebelumnya.

“Operasi pembenihan awan paling banyak pada 2015 iaitu 410 operasi diikuti 2016 (266) dan 2014 (244) manakala 2017 pula mencatat hanya tujuh," kata Hasrolnizam Shaari ketika menjadi panel forum air Selangor sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri menerusi siaran langsung di Facebook LUAS.

Beliau berkata operasi pembenihan awam menggunakan teknik ‘hygroscopic flare’ bertujuan untuk meningkatkan intensiti di kawasan tadahan air empangan.

“Bagaimanapun ia dilaksanakan bergantung kepada cuaca iaitu kelembapan, angin dan awan kumulus menara,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619