AGENSI

Langkah Mapim lancar Tabung Infaq Ramadan dipuji, wajar dicontohi

30 Mac 2021, 12:49 AM
Langkah Mapim lancar Tabung Infaq Ramadan dipuji, wajar dicontohi

SHAH ALAM, 30 MAC: Kerajaan Negeri memuji inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mewujudkan Tabung Infaq Ramadan bagi membantu asnaf di 17 negara Islam yang bergolak.

Dato' Menteri Besar berkata langkah itu selari dengan peranan dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mengambil berat isu kemanusiaan umat Islam seluruh negara dan wajar dicontohi pihak lain.

"Saya sebenarnya takjub dengan tenaga Mapim terutama Presidennya (Mohd Azmi Abd Hamid) yang bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti ini tanpa rasa lelah.

"Justeru, Kerajaan Negeri menyokong usaha Mapim yang saya kira sebahagian besar (tabung infaq) akan dilaksanakan di Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada majlis pelancaran tabung berkenaan di Restoran Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam di sini malam tadi.

Beliau berkata usaha tersebut adalah tauladan yang baik kepada semua supaya prihatin serta cakna dengan persekitaran seterusnya bergerak bersama ke arah lebih baik.

Dalam majlis sama, Amirudin turut melancarkan buku berjudul 'Bumi Yang Diberkati' karya Dr Mohamad Fawzi Zakaria.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619