AGENDA

ADN sifatkan tangguh Undi 18 kerana gentar suara anak muda

29 Mac 2021, 3:46 AM
ADN sifatkan tangguh Undi 18 kerana gentar suara anak muda
ADN sifatkan tangguh Undi 18 kerana gentar suara anak muda
ADN sifatkan tangguh Undi 18 kerana gentar suara anak muda
ADN sifatkan tangguh Undi 18 kerana gentar suara anak muda

SHAH ALAM, 29 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) muda Selangor menganggap penangguhan kelayakan pengundi berusia 18 tahun (Undi 18) kerana gentar dengan suara anak muda.

ADN Kota Anggerik berkata isu Undi 18 sepatutnya tidak timbul tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih gemar bermain politik dan sengaja menafikan hak anak muda.

[caption id="attachment_449498" align="alignleft" width="220"] Mohd Najwan Halimi[/caption]

"Sememangnya mereka gusar dengan sokongan anak muda, justeru pelbagai muslihat digunakan termasuk menggunakan kuasa untuk melengahkan proses Undi 18.

"Cukuplah, sekarang bukan masa berpolitik, ini zaman digital, tidak lagi sama seperti dahulu. Anak-anak muda juga matang membuat keputusan, kerajaan perlu terus mendengar suara rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, ADN Balakong menyifatkan tindakan itu tidak matang dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah takut kepada suara pelapis negara.

“Kerajaan yang matang adalah kerajaan yang mengalu-alukan pandangan dan kritikan daripada sesiapa sahaja termasuk anak muda, tambah-tambah lagi mereka ini adalah masa hadapan untuk negara kita.

[caption id="attachment_284984" align="alignright" width="248"] Wong Siew Ki[/caption]

“Jadi jelas di sini, tindakan mereka cuba melambat-lambatkan proses Undi 18 hanya disebabkan takut,” kata Wong Siew Ki.

Manakala ADN Meru berkata tindakan PN dianggap ‘mencabul’ hak orang muda malah tidak menghormati Parlimen yang meluluskan Undi 18 pada Julai 2019.

“Namun secara tiba-tiba kerajaan kononnya mengumumkan proses itu terpaksa ditangguhkan kerana situasi Covid-19, ia tidak masuk akal dan secara jelas 'mencabul' hak suara anak muda.

"Mungkin mereka bimbang anak muda akan bersuara dan menentang kerajaan mereka satu hari nanti," kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

[caption id="attachment_441237" align="alignleft" width="239"] Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar[/caption]

Sebelum ini, SPR mengumumkan Undi 18 yang sepatutnya bermula Julai ini ditunda kepada 1 September tahun depan.

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada 16 bagi menurunkan had usia mengundi, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan usia calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619