BERITA UTAMA

Raja Muda Selangor rasmi tarikan baharu Taman Tasik Shah Alam

28 Mac 2021, 2:27 PM
Raja Muda Selangor rasmi tarikan baharu Taman Tasik Shah Alam

SHAH ALAM, 28 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merasmikan dua tarikan baharu di Taman Tasik Shah Alam hari ini.

Turut hadir ke majlis pelancaran Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain itu ialah Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari.

Baginda melakukan aktiviti 'flying fox' bersama Amirudin di laluan Zip Line Shah Alam yang dibina sepanjang 240 meter merentasi tasik.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata Majlis Bandaraya Shah Alam menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama negeri ini membina kemudahan seumpama itu.

"Saya harap penduduk dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya dan pada masa sama mendidik kanak-kanak serta generasi muda terhadap kepentingan kekalkan persekitaran hijau di Shah Alam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619