AGENSI

Selcare: Saringan Komuniti di IPT bermula selepas Aidilfitri

28 Mac 2021, 10:26 AM
Selcare: Saringan Komuniti di IPT bermula selepas Aidilfitri

AMPANG, 28 MAC: Saringan Komuniti di institusi pengajian tinggi (IPT) Selangor dijangka dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Klinik Selcare berkata saringan menggunakan kaedah kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) secara percuma menyasarkan anak Selangor yang menuntut di institusi awam dan swasta.

"Mengikut perancangan, kita mahu laksana selepas puasa. Namun, perkara ini masih dalam perbincangan kerana perlu meneliti kaedah untuk masuk ke institusi berkenaan.

"Buat masa ini, kita belum mengenal pasti institusi berkaitan. Tarikh pelaksanaan akan dimuktamad selepas perbincangan,” kata Mohd Noor Md Nasir.

Beliau berkata demikian pada program Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Pandan di sini hari ini.

Mohd Noor berkata, pihaknya juga akan mempertimbang bilangan mahasiswa bagi pelaksanaan program itu selari dengan peruntukan disediakan.

"Justeru, mahasiswa diharap tidak mensia-siakan peluang yang ditawarkan dan memaklumkan kepada kenalan di kolej masing-masing untuk membuat saringan," katanya.

Pada 20 Januari, Kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan saringan berkenaan di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.

Program itu dijangka memanfaatkan 50,000 rakyat dengan tumpuan kepada golongan sasar seperti warga emas, kumpulan berpendapatan rendah (B40) serta mahasiswa anak Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619