AGENSI

Selcare yakin mampu saring 50,000 individu menjelang Ogos

28 Mac 2021, 8:30 AM
Selcare yakin mampu saring 50,000 individu menjelang Ogos
Selcare yakin mampu saring 50,000 individu menjelang Ogos

AMPANG, 28 MAC: Klinik Selcare yakin mampu menyaring 50,000 individu menerusi program Saringan Komuniti menjelang Ogos, kata pengurusnya.

Mohd Noor Md Nasir berkata saringan percuma Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri bermula Februari lalu akan dilaksana secara berterusan dalam tempoh enam bulan bagi mencapai sasaran tersebut.

"Hebahan program saringan lebih awal akan terus dipergiat dengan bantuan pemimpin setempat dan persatuan penduduk selain memperkemas strategi sedia ada.

[caption id="attachment_466030" align="alignright" width="500"] Pengurus Operasi Klinik Selcare, Mohd Noor Md Nasir[/caption]

"Meskipun program vaksinasi sudah bermula namun saringan tetap berjalan sepanjang tempoh ini, justeru kita juga akan fokus masuk ke kawasan yang memiliki capaian vaksinasi rendah," katanya.

Beliau ditemui pada program Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Pandan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Noor berkata hampir 8,000 individu menyertai saringan percuma menerusi beberapa siri sejak 5 Februari lalu.

Menurut beliau, 80 peratus daripada jumlah itu membabitkan warga tempatan manakala baki bukan warganegara.

"Rata-rata peserta memberi kerjasama yang baik malah warga asing turut menunjukkan komitmen untuk menjalani saringan.

"Cuma proses pendaftaran untuk warga asing memakan sedikit masa kerana majoritinya tidak mahir dengan teknologi maklumat (IT), jadi (pendaftaran) banyak dibuat secara manual dan petugas membantu di kaunter," katanya.

Pada 20 Januari, Kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan saringan berkenaan di seluruh negeri untuk membendung penularan wabak.

Program itu dijangka memanfaatkan 50,000 rakyat dengan tumpuan kepada golongan sasar seperti warga emas, kumpulan berpendapatan rendah (B40) serta mahasiswa anak Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619