AGENDA

Majlis perundingan pelajar bantah SPR tangguh Undi 18

28 Mac 2021, 7:54 AM
Majlis perundingan pelajar bantah SPR tangguh Undi 18

SHAH ALAM, 28 MAC: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menolak alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangguhkan kelayakan pengundi berusia 18 tahun (Undi 18).

Presidennya berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan pendaftaran Undi 18 secepat mungkin sekaligus memberi hak kepada lebih ramai rakyat memilih pada pilihan raya umum nanti.

"Usul Undi 18 mendapat sokongan 211 ahli parlimen sebelum ini yang membolehkan pelaksanaan dan pendaftaran Undi 18 dilakukan secara automatik.

"MPPK percaya golongan berusia 18 tahun sudah matang kerana sebahagian mereka bergelar mahasiswa dan sudah bekerja," kata Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, SPR mengumumkan Undi 18 yang sepatutnya bermula Julai ini ditunda kepada 1 September tahun depan.

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada 16 bagi menurunkan had usia mengundi, pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan usia calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

Ia kemudian disusuli kelulusan di Dewan Negara pada 25 Julai 2019, dengan majoriti dua pertiga, 10 hari selepas diluluskan di Dewan Rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619