AGENDA

Letupan luar gereja di Makassar

28 Mac 2021, 6:13 AM
Letupan luar gereja di Makassar

JAKARTA, 28 MAC: Satu letupan berlaku di luar gereja di Makassar di Sulawesi Selatan ketika penganut Kristian sedang melakukan ibadah.

Jurucakap polis Sulawesi Selatan berkata bom dipercayai meletup di pintu gerbang gereja serta terdapat cebisan daging manusia di lokasi kejadian, lapor AFP.

"Kita mempercayai terdapat cebisan daging manusia dan masih sedang menyiasat sama ada milik suspek atau orang ramai.

"Beberapa kenderaan di kawasan berdekatan turut mengalami kerosakan," kata E. Zulpan.

Beliau berkata punca insiden masih disiasat dan polis sudah mengepung kawasan sekitarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619