AGENDA

Selangor giat terjemah buku berkualiti, riwayat Rasulullah paling popular

27 Mac 2021, 6:10 AM
Selangor giat terjemah buku berkualiti, riwayat Rasulullah paling popular
Selangor giat terjemah buku berkualiti, riwayat Rasulullah paling popular

SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor giat menterjemah buku dan mengumpul bahan ilmiah bagi memastikan kesinambungan penerbitan bahan bacaan berkualiti.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.berkata sebanyak 49 buku berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris diterjemah kepada bahasa Melayu sejak 2015 menjadi bahan bacaan kepada orang awam.

"Meskipun Selangor merupakan negeri termaju dan menjana pelaburan tertinggi dalam negara, kita tetap mahu pendidikan berjalan seiring dengannya," katanya dalam majlis perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak semalam.

[caption id="attachment_465884" align="aligncenter" width="674"] Buku terbaharu terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)[/caption]

Amirudin berkata buku  Muhammad: Riwayat hidup berdasarkan sumber terawal hasil karya Martin Ling terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mendapat permintaan hangat.

"Setakat ini seingat saya, hampir 3,000 naskah terjual. Pasaran buku itu di Shopee juga menarik perhatian ramai," kata beliau merujuk buku riwayat Rasulullah SAW paling popular pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, buku tokoh Islam terkenal dunia turut diterjemah antaranya Salahuddin al-Ayubi: Raja penakluk dan Amir Abdul Kadir: Sang pendamai, wali dan pahlawan. Sebahagian buku terbitan IBDE berusia ribuan tahun.

Selain itu, Amirudin berkata PPAS juga sedangan mendapatkan buku atau bacaan berkualiti yang tiada di pasaran dari mana-mana pensyarah yang uzur atau meninggal dunia untuk ditempatkan ke perpustakaan awam di negeri ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619