AGENDA

TI-M gesa kerajaan tambah baik polis

27 Mac 2021, 5:17 AM
TI-M gesa kerajaan tambah baik polis

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Kumpulan antirasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan untuk mengembalikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pegawai yang rasuah dan melakukan pembaharuan dalam pasukan polis.

Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.

"Sekiranya krisis rasuah dan salah laku yang didedahkan Ketua Polis Negara (KPN) terbukti, perkara itu tidak boleh dianggap sebagai masalah dalaman dan hanya perlu diselesaikan mengikut pangkat pegawai terlibat,“ katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata suatu mekanisme pengawasan oleh sebuah badan yang benar-benar bebas daripada campur tangan politik yang mempunyai ‘kuasa” adalah penting untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota pangkat rendah dalam polis.

Justeru, beliau menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang Undang IPCMC dan bukannya Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), versi yang lebih ‘ringan’ demi untuk melakukan pembaharuan dalam pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapatnya gerakan dalam kalangan pegawai muda polis yang berusaha menjatuhkannya.

Beliau mendakwa bahawa kumpulan berkenaan berhasrat untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi, namun beliau memberi jaminan isu berkenaan terkawal dan dapat diselesaikan secara dalaman.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619