AGENDA

Kerajaan Negeri, kilang teliti kaedah ambil vaksin pekerja industri

27 Mac 2021, 12:43 AM
Kerajaan Negeri, kilang teliti kaedah ambil vaksin pekerja industri

SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FFM) meneliti kaedah serta format sesuai pengambilan vaksin Covid-19 oleh pekerja industri.

Dato' Menteri Besar berkata langkah itu membantu pekerja menerima suntikan lebih awal bagi membolehkan sektor itu beroperasi sepenuhnya dan kembali merancakkan ekonomi.

"Pihak kilang tidak ada masalah dan mereka memang mahu pekerja mendapat imunisasi. Jadi kita sedang uruskan perkara ini dengan pemilik (kilang).

"Sebenarnya memang Kerajaan Negeri rancang pembelian (vaksin) tumpu kelompok industri kerana kita mahu sektor ini kembali berjalan dengan kapasiti penuh. Sekarang operasi hanya libatkan antara 30 hingga 40 peratus pekerja sahaja," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak, Sabak Bernam semalam.

Pada Khamis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan jemaah menteri mengarahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diutamakan kepada Selangor memandangkan negeri ini merupakan pemacu ekonomi negara selain memiliki kawasan industri yang besar.

Susulan itu kerajaan akan jalin kerjasama dengan sektor perindustrian bagi melaksanakan proses suntikan di kilang atau asrama pekerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619