AGENSI

Team Selangor perkenal Assist bantu pelajar miskin

25 Mac 2021, 7:33 AM
Team Selangor perkenal Assist bantu pelajar miskin

SHAH ALAM, 25 MAC: Sukarelawan Team Selangor akan melaksanakan Program Siri Tambahan Sekolah (Assist) untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah menengah.

Ketua unit sekolahnya berkata inisiatif itu adalah kesinambungan program SkorLAH SPM secara dalam talian dilaksanakan untuk membantu pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40).

"Team Selangor sedang merangka kaedah pelaksanaan serta cara penyampaian yang sesuai di kawasan terpilih bagi memastikan matlamat program dicapai.

"Sesi sekolah menengah belum dibuka lagi, justeru sama ada dijalankan secara maya atau bersemuka bergantung situasi semasa Covid-19," kata Muhamad Haziq Fikri Jasni kepada SelangorKini hari ini.

Pada Februari, sukarelawan Team Selangor menganjur program SkorLAH SPM secara percuma khusus untuk pelajar keluarga B40.

Kelas secara maya dibimbing guru terlatih meliputi mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Fizik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619