ADN

Anak muda Tanjung Sepat bantu penduduk daftar terima vaksin

22 Mac 2021, 9:28 AM
Anak muda Tanjung Sepat bantu penduduk daftar terima vaksin

SHAH ALAM, 22 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat menggerakan anak muda kawasan itu membantu penduduk luar bandar mendaftar terima suntikan vaksin Covid-19.

Borhan Aman Shah memaklumkan usaha itu bagi memastikan tiada golongan tercicir khususnya warga emas yang tidak tahu mengunakan khidmat dalam talian.

"Golongan anak muda akan pergi rumah ke rumah untuk membantu melakukan pendaftaran.

"Selain itu bagi kawasan tiada internet, mereka boleh datang ke pusat khidmat untuk kita bantu daftarkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, ADN Sekinchan berkata, beliau turun padang bertemu sendiri penduduk memberi penerangan berhubung kepentingan menerima vaksin.

"Saya dapati masih ramai penduduk belum daftar terima suntikan vaksin kerana khuatir kesan sampingan.

"Saya sendiri sudah menerima vaksin. Secara tidak langsung beri keyakinan kepada mereka untuk mendaftar," katanya.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam berkata masih ramai golongan warga emas belum mendaftar terima vaksin.

Katanya, sebahagian daripada mereka tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera, kekangan internet selain tidak tahu daftar secara digital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619