AGENSI

Bantu selesai projek rumah terbengkalai bekas pekerja ladang

21 Mac 2021, 1:12 PM
Bantu selesai projek rumah terbengkalai bekas pekerja ladang

KUALA LANGAT, 21 MAC: Kerajaan Selangor akan menyelesaikan isu projek perumahan bekas pekerja Ladang Dusun Durian di Banting yang terbengkalai sejak 2006.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah segera meliputi perjumpaan bersama pemaju dan pemilik tanah bagi mencapai persetujuan.

"Jika rundingan gagal, Kerajaan Negeri akan selesaikan hak milik dan ambil alih tanah untuk bina semula rumah pekerja ladang," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa projek perumahan berkenaan di Kuil Sri Thurobathi Amman di sini.

Beliau yakin masalah itu boleh diatasi berikutan Kerajaan Negeri berpengalaman dalam menyelesaikan beberapa siri projek terbengkalai sebelum ini.

Projek perumahan seluas 10 ekar itu dibina di atas tanah mililk Golden Hope Plantations (Peninsular) Sdn Bhd (Golden Hope) manakala Permai Sdn Bhd selaku pemaju.

Sebanyak 104 projek terbengkalai membabitkan 35,776 unit rumah, komersial dan industri berjaya diselesaikan di Selangor sejak 2008 hingga Oktober tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619