EXCO

PKPB: Tiada promosi pelancongan, gesa rakyat tidak bergerak bebas

21 Mac 2021, 8:18 AM
PKPB: Tiada promosi pelancongan, gesa rakyat tidak bergerak bebas

DENGKIL, 21 MAC: Selangor masih tidak mengaktifkan promosi pelancongan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan ketika ini.

EXCO pelancongan berkata malah pada tempoh berkenaan penduduk disaran menghadkan pergerakan serta tidak berada di luar sekiranya tiada urusan penting.

"Namun kita tidak menghalang sekiranya ada yang ingin berjalan. Tetapi pada waktu ini (PKPB) bukan waktu sesuai untuk kita promosikan pelancongan kerana kes di Selangor juga masih tinggi.

"Oleh itu, jangan abaikan tatacara operasi piawai dan elakkan tempat yang sesak," kata Hee Loy Sian selepas majlis Penyerahan Bakul Makanan di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata aktiviti promosi akan dilakukan sekiranya negeri ini bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Selepas diumumkan, kita akan teruskan dengan kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! bagi membolehkan rakyat bercuti dalam negeri terlebih dahulu," katanya.

16 Mac lalu, kerajaan mengumumkan Selangor masih kekal berada di bawah PKPB sehingga 31 Mac ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619