AGENSI

Ramai bayar zakat fitrah bersemuka, LZS lantik 2,800 amil mudahkan urusan

20 Mac 2021, 6:42 AM
Ramai bayar zakat fitrah bersemuka, LZS lantik 2,800 amil mudahkan urusan

SHAH ALAM, 20 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menempatkan 2,800 amil fitrah di 431 masjid dan surau bagi urusan kutipan zakat sepanjang Ramadan nanti.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata bilangan itu lebih tinggi berbanding 1,878 amil tahun lalu memandangkan ramai umat Islam memilih cara bayaran secara bersemuka.

"LZS galakkan pembayaran dalam talian tambahan lagi ketika pandemik Covid-19 ini. Bagaimanapun kita dapati cara bayaran kepada amil tetap jadi pilihan.

“Tahun lalu sebanyak RM18 juta dikutip menerusi transaksi secara maya selama sebulan. Kutipan menerusi amil untuk dua minggu pula RM13 juta, jadi kita putuskan tambah bilangan,” kata Saipolyazan Mat Yusop ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya kadar zakat fitrah ditetapkan tahun ini sama seperti tahun lalu iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras selaras kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.

“LZS menyeru orang ramai yang masih tidak mampu mengganti puasa membuat bayaran fidyah secepat mungkin.

"Untuk tahun ini, kita peruntukkan RM33 juta bagi bantuan raya dan mula disalurkan sehari sebelum Ramadan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619