AGENDA

Khutbah Jumaat: Bersatu lindungi Islam, jangan permain isu murtad

19 Mac 2021, 7:42 AM
Khutbah Jumaat: Bersatu lindungi Islam, jangan permain isu murtad

SHAH ALAM, 19 MAC: Umat Islam di seluruh negara diminta bersatu melindungi agama daripada individu atau kumpulan yang cuba mempermainkan isu murtad.

Memetik khutbah Jumaat bertajuk 'Berhati-hati dengan ucapan murtad', perkara berkenaan perlu dipandang serius bagi memastikan Islam terus dipandang tinggi.

"Jangan jadikan murtad sebagai isu politik sebaliknya ia isu seluruh umat Islam yang cintakan agama. Setiap individu berperanan mengatur strategi mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan Islam terpelihara dari unsur negatif," menurut khutbah itu.

Teks diterbitkan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor mengingatkan ucapan murtad tidak wajar dijadikan kontroversi demi populariti atau simpati kerana ia dianggap sensitif.

Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja memberi kesan besar kepada penutur malah kepentingan Islam, agama dan negara yang dikhuatiri boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Pada akhir khutbah, umat Islam diseru menyakini Islam adalah ajaran benar yang membawa kesejahteraan dan wajib dipelihara keharmoniannya serta kemurniaan iman.

"Umat Islam juga perlu sedar iman adalah kurniaan Allah kepada hamba terpilih yang tiada tolok banding nilainya dengan harta seisi dunia," menurut khutbah itu.

Pada Selasa, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan sikap segelintir umat Islam yang mengeluarkan kata-kata yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berpesan apa jua hasrat, percakapan atau perbuatan untuk

meninggalkan Islam dikhuatiri boleh merosakkan asas kepercayaan agama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619