AGENSI

Sultan sukacita lebih 90 peratus petugas hadapan terima vaksin

18 Mac 2021, 3:40 PM
Sultan sukacita lebih 90 peratus petugas hadapan terima vaksin

SHAH ALAM, 18 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa sukacita apabila lebih 90 peratus petugas barisan hadapan hospital kerajaan di negeri ini sudah mendapat vaksin Covid-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah suntikan  vaksin itu membabitkan doktor, jururawat, pemandu ambulan dan kakitangan sokongan perubatan.

"Difahamkan bahawa lebih daripada 50 peratus petugas hospital swasta di Selangor juga telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Beta gembira dengan perkembangan terbaharu ini dan berharap petugas kesihatan dapat berkhidmat dengan lebih tenang dan selamat tanpa tekanan," titah baginda.

Kenyataan itu juga memaklumkan Sultan Selangor sentiasa mendapatkan perkembangan terkini dari Pengarah Kesihatan Negeri,  Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman.

"Beta turut berasa sukacita dan memuji petugas barisan hadapan khususnya di hospital Selangor yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga kini," titah baginda lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619