AGENDA

Gergasi Merah perlu pamer aksi bertenaga tentang Harimau Kumbang

18 Mac 2021, 9:20 AM
Gergasi Merah perlu pamer aksi bertenaga tentang Harimau Kumbang

SHAH ALAM, 18 MAC: Pemain Selangor perlu meneruskan aksi bertenaga apabila turun menentang Penang FA di laman sendiri pada Sabtu.

Pengurusnya berkata kebolehan mengikat juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 membuktikan kemampuan pasukan itu untuk melakar kejutan dalam saingan Liga Super tahun ini.

"Pemain semakin serasi dengan taktikal ketua jurulatih dari Jerman, Karsten Neitzel selain semangat berpasukan tinggi ketika mengatur serangan dan juga bertahan.

"Rentak ini perlu diteruskan, pemain perlu yakin dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri, ini kunci kejayaan," kata Mahfizul Rusydin kepada SelangorKini hari ini.

Semalam, Selangor FC merentap ego juara Liga Super tujuh tahun berturut-turut apabila berjaya mengutip satu mata pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Gol Gergasi Merah dijaringkan penyerang import, Ifedayo Olusegun seawal minit keenam sebelum penyerang JDT, Bergson da Silva menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Penjaga gol Khairul Azhan Khalid muncul wira selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Bergson pada minit ke-78.

Selangor kini menduduki tempat kelima menerusi satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619