ADN

DUN Subang Jaya peruntuk RM40,000 bina pagar, laluan pejalan kaki

18 Mac 2021, 3:04 AM
DUN Subang Jaya peruntuk RM40,000 bina pagar, laluan pejalan kaki
DUN Subang Jaya peruntuk RM40,000 bina pagar, laluan pejalan kaki

SHAH ALAM, 18 MAC: Dua projek sekitar Subang Jaya yang siap sepenuhnya Oktober tahun lalu memberi kelegaan kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri berkata pembinaan pagar taman perumahan USJ3C yang menelan kos RM19,990 berjaya mengurangkan kejadian jenayah di kawasan terbabit.

"Projek ini melibatkan penaik tarafan pagar 'chain link' yang memisahkan Taman Rekreasi Hutan Bandar MBSJ dan kawasan perumahan kepada jenis pagar berangkai.

[caption id="attachment_464739" align="alignleft" width="386"] ADN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze bersama penduduk setempat meninjau sambungan laluan pejalan kaki di padang awam Jalan SS15/2E pada 17 Mac 2021. Foto Michelle Ng[/caption]

"Pagar lama sudah rosak berikutan sering dipecah masuk sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan perumahan ini menjadi mangsa jenayah," kata Michelle Ng Mei Sze kepada SelangorKini.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan sambungan laluan pejalan kaki di sekeliling padang awam Jalan SS15/2E memberi keselesaan kepada pengunjung khususnya penduduk sekitar.

Menurutnya, sebanyak RM19,993 dibelanjakan untuk laluan pejalan kaki jenis konkrit imprint berukuran 86.5 meter x 1.5 meter.

"Semasa melawat SS15/2E, saya dapati laluan pejalan kaki di padang awam tersebut tidak dihubungkan sepenuhnya dan berbentuk ‘U’. Penduduk berjoging di atas laluan lama perlu berpatah balik untuk meneruskan senaman," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619