AGENDA

Platform Seldec sasar 10,000 jenis makanan, barangan sepanjang Ramadan

17 Mac 2021, 11:58 PM
Platform Seldec sasar 10,000 jenis makanan, barangan sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 18 MAC: Penduduk di Subang Jaya dan dan Kuala Selangor boleh melayari platform Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) yang memaparkan hampir 10,000 menu dan barangan sepanjang Ramadan.

Pengurus besar pembangunan perniagaan Seldec berkata program e-bazar Ramadan itu melibatkan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

"Aplikasi Dapur Seldec dan Dapur Seldec Rider diwujudkan khusus untuk e-bazar Ramadan disertai 1,500 peniaga di bazar dan rumah yang dibahagikan kepada 40 zon.

"Penghantaran untuk setiap zon dibuat dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer, kita tetapkan pesanan dihantar dalam tempoh 30 minit hingga sejam," kata Mohd Fauzan Elham kepada SelangorKini, semalam.

Beliau berkata aplikasi Dapur Seldec dan Dapur Seldec Rider akan kembangkan

untuk peniaga pasar malam, pasar pagi dan pasar awam.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Seldec digunakan untuk memasarkan hasil tani, produk usahawan kecil dan barangan basah secara meluas.

Seldec diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://www.seldec.com.my/en.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619