AGENSI

LZS buat kunjungan kasih, agih bantuan ke Hospital Kajang

16 Mac 2021, 3:55 AM
LZS buat kunjungan kasih, agih bantuan ke Hospital Kajang

SHAH ALAM, 16 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan lawatan mesra ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kajang semalam.

Agensi berkata kunjungan kasih bertujuan mengukuh hubungan mereka dalam menyantuni golongan yang berhak menerima zakat khususnya pesakit yang mendapatkan rawatan.

"Dalam program tersebut, Zakat Selangor menyerahkan barangan asasi kering seperti beras, gula, minyak, tepung dan lain-lain kepada pihak hospital.

"Ia untuk diagihkan kepada pesakit atau keluarganya yang berada dalam kesempitan kewangan ketika mereka sedang diuji Allah dengan ujian penyakit yang pelbagai," katanya di Facebook.

LZS berkata lawatan itu diketuai Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abd Basith Hamid dalam usaha memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619