AGENSI

RiDE: MSN, pejabat DUN kerjasama kenal pasti golongan sasar

16 Mac 2021, 12:43 AM
RiDE: MSN, pejabat DUN kerjasama kenal pasti golongan sasar

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan bekerjasama dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjayakan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Pengarah eksekutifnya berkata usaha itu bagi mengenal pasti golongan yang benar-benar layak mendapat manfaat dan bekerja dalam sektor e-panggilan.

"Selain kerjasama dengan pejabat DUN, kita juga boleh mendapat khidmat Penggerak Belia Tempatan Selangor untuk mengenal pasti golongan sasar," kata Mohamad Nizam Marjugi ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata seramai 500 individu menerima manfaat program RiDE dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Jelasnya, masih banyak kekosongan yang perlu diisi bagi memenuhi sasaran 3,000 peserta, justeru mengalu-alukan orang ramai membuat permohonan.

Program RiDE menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, wang tunai RM150 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Pada 14 Disember tahun lalu, Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata seramai 1,980 individu mendapat manfaat program itu sejak dilancarkan pada 1 Ogos tahun sama.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta bagi meneruskan inisiatif berkenaan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://msnselangor.gov.my .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619