AGENSI

Program berdaya komuniti pupuk kesedaran jaga kebersihan

15 Mac 2021, 2:26 AM
Program berdaya komuniti pupuk kesedaran jaga kebersihan

SUBANG JAYA, 15 MAC: Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan program kesedaran bagi memupuk amalan kebersihan dalam kalangan komuniti khasnya di pangsapuri kos rendah.

Dato' Menteri Besar berkata Program Pemberdayaan Komuniti Indah dan Ceria 2021 turut memberi kesan terhadap keselesaan dan keceriaan penduduk serta mencegah masalah lain.

“Selain mengukuhkan hubungan penduduk, program ini juga memupuk budaya bantu-membantu dalam menjaga kebersihan,” kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas merasmikan program berkenaan di Pangsapuri Seri Nipah semalam.

Beliau menambah amalan yang baik mampu mencegah peningkatan kes jenayah, masalah kesihatan dan kejiranan serta sosial.

Program anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya turut disertai EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail serta Datuk Bandar Noraini Roslan.

Dalam majlis itu, Amirudin turut menyerahkan bantuan Covid-19 kepada 50 penghuni pangsapuri berkenaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619