SELANGOR

Polis tahan 17 ahli sindiket tawar pinjaman tidak wujud

14 Mac 2021, 9:46 AM
Polis tahan 17 ahli sindiket tawar pinjaman tidak wujud

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Polis menahan 17 individu yang disyaki bekerja di pusat panggilan untuk skim pinjaman yang tidak wujud dan sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Taman Puchong Prima pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata polis menyerbu sebuah kedai kira-kira 3 petang dan menahan lapan lelaki serta sembilan wanita termasuk pemilik premis, yang dipercayai pekerja pusat panggilan tersebut.

“Setelah memeriksa premis itu, polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk menawarkan dan mempromosikan pinjaman palsu kepada orang ramai.

"Barang yang dirampas itu termasuk 35 telefon bimbit, lapan komputer desktop dan sebuah komputer riba," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Abd Khalid berkata mereka yang ditahan berumur antara 18 hingga 37 tahun, dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah mempromosikan skim pinjaman mereka di platform media sosial termasuk melalui pesanan di aplikasi WhatsApp, dengan menyasarkan pemilik perniagaan kecil dengan tawaran pinjaman sehingga RM1,000.

"Kebanyakan laporan polis yang diterima menyatakan bahawa sindiket gagal memindahkan jumlah yang dipersetujui kepada pelanggan, tetapi masih menuntut pembayaran dengan kadar faedah yang tinggi," katanya.

Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619