ADN

Ribuan kilang tanpa kebenaran terima notis patuh syarat operasi

14 Mac 2021, 8:44 AM
Ribuan kilang tanpa kebenaran terima notis patuh syarat operasi

SHAH ALAM, 14 MAC: Sebanyak 1,800 notis program pematuhan syarat dan penguatkuasaan dihantar kepada pemilik kilang tanpa kebenaran sekitar Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Wakil rakyat Rawang berkata usaha mulai awal bulan ini susulan premis beroperasi tanpa lesen, tiada kebenaran merancang atau kelulusan bangunan dan masalah hak milik tanah.

"Pertemuan bersama Jabatan Perancangan Bandar MPS dibuat untuk memahami arahan tersebut sekali gus membantu memudahkan proses kelulusan kilang yang menjalankan pelbagai aktiviti.

"Mereka perlu diberi penjelasan terperinci sebelum tindakan lanjut supaya penyelesaian menang-menang dapat dicapai," kata Chua Wei Kiat menambah sebahagian besar kilang berada dalam kawasan pentadbirannya.

Beliau berkata pengusaha kilang tidak perlu khuatir terhadap notis berkenaan sebaliknya dinasihat memberi kerjasama bagi mengelak tindakan lebih tegas.

"Inisiatif ini penting bagi memastikan kilang berkenaan dapat dipantau sepanjang masa sekali gus mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619