AGENDA

KEADILAN teliti calon lebih ketat, elak khianat

14 Mac 2021, 7:41 AM
KEADILAN teliti calon lebih ketat, elak khianat

SHAH ALAM, 14 MAC: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan membuat penelitian lebih ketat dalam memilih calon pilihan raya bagi memastikan masalah pemimpin lompat parti tidak berulang.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengkhianatan, sogokan wang dan kedudukan mengakibatkan sebilangan pemimpin hilang pertimbangan dan daya tahan perjuangan.

"Sekarang ini janji ke, baiah ke terlingkup semua. Kadang-kadang kita ada keterbatasan. Saya mengaku ada kelemahan sama ada daripada proses saringan dan menilai tokoh-tokoh.

"Saya kira asas agama, akhlak dan akal budi itu harus ditekankan," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti dan memberi sokongan penuh kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua pembangkang juga menjelaskan KEADILAN belum memuktamadkan calon pilihan raya sebaliknya fokus membangunkan pimpinan muda dan wanita.

"Kalau tiada campur tangan langsung daripada pimpinan, mungkin akan tersisih angkatan muda dan wanita kerana kita lihat ada keperluan menonjolkan tokoh baru dan profesional," kata Anwar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619