BERITA UTAMA

MDHS sedia 790 petak bazar Ramadan, babit 10 lokasi

13 Mac 2021, 2:16 AM
MDHS sedia 790 petak bazar Ramadan, babit 10 lokasi

SHAH ALAM, 13 MAC: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyediakan 790 petak bazar Ramadan kepada peniaga di 10 lokasi tahun ini.

Bahagian korporatnya berkata lokasi membabitkan tapak penjaja JRD, Liga Mas Batang Kali (140); tapak pasar pagi Taman Seri, Batang Kali (70); Taman Cempaka, Serendah (50) dan sebelah medan selera, Sungai Buaya (40).

"Sebanyak 200 petak disediakan di tapak pasar malam, Bukit Sentosa; Jalan Seroja (100); Jalan Telipot (40); Antara Gapi, Serendah (60); Jalan Samudera 1, Hulu Bernam (40) dan Jalan Kantan, Bukit Beruntung (50)," katanya di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sistem penggiliran akan dilaksanakan terhadap peniaga sebagai mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

"Peniaga yang mendapat tapak nombor lot ganjil akan berniaga pada tarikh ganjil sepanjang Ramadan manakala peniaga yang mendapat tapak nombor lot genap adalah sebaliknya," katanya.

Permohonan tapak bazar secara dalam talian di portal MDHS boleh dibuat bermula 15 hingga 28 Mac ini dan setiap peniaga dihadkan satu petak dengan harga RM100.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas SMS pada 2 April.

Maklumat lanjut, layari www.mdhs.gov.my atau hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-6064 1331 (sambungan 131/132/159).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619