AGENDA

MB tunai solat Jumaat, agih sumbangan di masjid Cyberjaya

12 Mac 2021, 7:52 AM
MB tunai solat Jumaat, agih sumbangan di masjid Cyberjaya

CYBERJAYA, 12 MAC: Dato' Menteri Besar menyampaikan sumbangan 300 pek berisi makanan, minuman dan pelitup muka kepada kariah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari turut meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk beramah mesra dengan ahli jawatankuasa masjid.

Terdahulu beliau mendengar khutbah yang disampaikan Imam Burhanuddin Helmi Hisamuddin bertajuk 'Israk dan Mikraj: Perjalanan Agung Rasulullah'.

Kandungan khutbah antara lain meminta umat Islam mengambil suntikan vaksin bagi mencegah penularan Covid-19.

"Terimalah dengan baik saranan kerajaan supaya mengambil vaksin dengan mendaftarkan diri kita melalui aplikasi MySejahtera dan SELangkah.

"Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bersabar ketika penyakit menimpa, berdisiplin dan mematuhi tatacara operasi standard (SOP) demi keselamatan diri serta masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619