AGENDA

SPAN serbu asrama pekerja asing curi bekalan air

12 Mac 2021, 4:11 AM
SPAN serbu asrama pekerja asing curi bekalan air

SHAH ALAM, 12 MAC: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu sebuah asrama pekerja asing di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur semalam selepas didapati melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah.

Agensi itu menerusi kenyataan memaklumkan operasi dilakukan selepas menerima aduan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

"Premis diserbu adalah penginapan pekerja projek pembinaan fasiliti pengangkutan yang dihuni hampir 800 individu.

“SPAN mendapati mereka mendapatkan bekalan melalui satu meter air tidak sah dan semakan menjelaskan  ia tiada dalam rekod Air Selangor bagi asrama berkaitan," katanya.

Katanya, semakan lanjut turut membuktikan meter air itu telah dinyahtauliah dan berasal dari lokasi tapak pembinaan lain.

“Hasil ujian klorin dilakukan di premis itu mengesahkan bekalan diterima adalah air terawat,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619