AGENSI

Pelancong asing antara 20 individu masuk Islam di pusat informasi Mais

11 Mac 2021, 9:30 AM
Pelancong asing antara 20 individu masuk Islam di pusat informasi Mais

SHAH ALAM, 11 MAC: Seramai 20 individu termasuk pelancong asing menganut agama Islam selepas mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Islam Mais (PIIM) sejak 2019.

Pengarah pembangunan sosial Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata mereka terdiri daripada 14 rakyat tempatan dan enam warga asing yang dibimbing sukarelawan pelancong Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC) apabila melafazkan kalimah syahadah.

"Penerangan mengenai Islam diberikan dan tiada paksaan dalam perkara ini sebaliknya memberi ruang untuk mereka benar-benar memahami serta terbuka memilih Islam.

"Warga tempatan yang mendapat hidayah akan dirujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) manakala pelancong asing disyor mendaftar dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau rumah ibadat di negara mereka," kata Suhaimi Ismail selepas program promosi PIIM di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata seramai 14,240 pelancong mengunjungi pusat tersebut sejak ditubuhkan 1 April 2016 hingga akhir tahun lalu dengan 69.2 peratus daripadanya bukan Islam.

Menurutnya, pelancong dari Jepun antara yang tertinggi melawatnya setiap tahun iaitu sekitar 7,000 orang diikuti China, Taiwan, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619