AGENDA

Kilang papan ceroboh tanah Kerajaan Selangor diroboh

11 Mac 2021, 7:53 AM
Kilang papan ceroboh tanah Kerajaan Selangor diroboh

KLANG, 11 MAC: Sebuah kilang papan yang dibina atas tanah seluas satu ekar milik Kerajaan Negeri di Jalan Jeti, Pelabuhan Klang dirobohkan pagi tadi.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Daerah Klang, Mohammad Saiful Azri Fouzi dijalankan bersama lebih 50 penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Tenaga Nasional Berhad.

Selain kilang, pihak berkuasa turut merobohkan stor dan rumah pekerja yang terletak 50 meter dari Sungai Aur.

Mohammad Saiful berkata pihaknya mengeluarkan tiga notis pengosongan pada 4 Disember 2018, 15 Januari 2019 dan 3 Februari 2021 namun pemilik premis masih berdegil.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 425 dan 426A Kanun Tanah Negara 1965, sabit kesalahan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM500,000 atau keduanya," katanya.

Pada 24 November tahun lepas, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan premis yang dibina atas tanah kerajaan terutama struktur berhampiran sungai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619