AGENSI

LZS peruntuk lebih RM70,000 bantu lelaki OKU sejak 2015

11 Mac 2021, 4:40 AM
LZS peruntuk lebih RM70,000 bantu lelaki OKU sejak 2015

SHAH ALAM, 11 MAC: Lembaga Zakat Selangor memperuntuk sejumlah RM71,370 bagi membiayai kos perubatan seorang penerima zakat orang kelainan upaya (OKU) di Cheras sejak 2015.

Agensi berkata Mohd Rezuan Mohd Nur yang menghidap penyakit radang sendi kronik kira-kira 10 tahun lalu menerima bantuan pada 2015 dan 2016 bagi kos ubat Adalimumab 40mg injection setiap bulan.

"Mohd Rezuan tinggal bersama ibu, pakcik dan adiknya. Melihat kepada keadaan usia ibu dan pakcik beliau yang mempunyai masalah kesihatan sudah pasti mereka tidak mampu menguruskan urusan hariannya, selain adiknya terikat dengan komitmen kerja dan keluarga sendiri.

"Kami mengesyorkan bantuan perubatan di bawah kategori asnaf gharimin mengikut laporan dan pandangan pegawai perubatan hospital.

LZS berkata pihaknya akan menyantuni lelaki terbabit dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619