AGENDA

MB seru umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj

11 Mac 2021, 2:40 AM
MB seru umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj

SHAH ALAM, 11 MAC: Dato' Menteri Besar mengajak umat Islam seluruh negeri untuk menghayati makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj dengan penuh keinsafan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tarikh bersejarah pada 27 Rejab mengikut kalendar Islam disifatkan detik penting kepada seluruh umat Islam.

Jelasnya, junjungan besar Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit dan menerima arahan Allah SWT berhubung pelaksanaan ibadah solat yang juga bukti kekuasaan-Nya.

"Marilah kita menghayati tarikh bersejarah 27 Rejab ini dengan penuh keinsafan. Kedatangan Israk Mikraj juga menandakan kita semakin dekat dengan Syaaban dan menghampiri Ramadan.

"Semoga kita dipertemukan dengan Ramadan, insya-Allah," tulisnya di Facebook hari ini.

Amirudin turut memetik ayat satu surah Al-Isra' yang menceritakan peristiwa Allah menjalankan Nabi Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.

Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada Baginda yang turut diangkat ke Sidratul Muntaha melepasi langit ketujuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619